'Tanah tanpa Peta' merupakan himpunan puisi dan cerpen yang menyentuh pelbagai tema kemanusiaan mengenai pergolakan dunia umat Islam mutakhir ini. Karya-karya di dalamnya ditulis oleh para penulis Grup Karyawan Luar Negara dan juga beberapa orang penulis jemputan dari pelbagai latar belakang dan bidang termasuklah budayawan, sasterawan, agamawan, pegawai perubatan, aktivis kemanusiaan, artis, dan sebagainya.