Malam Suara Al Aqsa

Malam Suara Al Aqsa

Wednesday, October 22, 2014

10 Q&A tentang Tanah Tanpa Peta

1) Bagaimana TTP terhasil?

TTP merupakan kesinambungan kepada buku 'Aku Kalis Peluru' yang diterbitkan pada tahun 2013 oleh GKLN dan Aqsa Syarif. 'Aku Kalis Peluru' telah dilancarkan pada Malam Suara Al Aqsa 2013 di Kolej MARA Seremban.

2) Kenapa TTP diterbitkan?

TTP diterbitkan untuk mengutip dana bagi disalurkan ke negara-negara umat Islam bergolak seperti Palestin, Syria, dan sebagainya. Hasil jualannya akan disumbangkan melalui kumpulan-kumpulan humanitarian yang ada di Malaysia. 

3) Siapa menerbitkan TTP?

Grup Karyawan Luar Negara melalui sayap publikasinya, Karyawan Publishing House.

4) Siapa penulis TTP?

Para ahli GKLN selain tokoh-tokoh jemputan dari pelbagai bidang dan latar belakang seperti sasterawan, budayawan, pendakwah, pensyarah, pakar perubatan, aktivitis humanitarian, artis, dan sebagainya. Sila rujuk senarai di sebelah kanan skrin untuk senarai penuh penulis.

5) Bila dan di mana akan dilancarkan?
TTP akan dilancarkan pada 1 November 2014 di program Malam Suara Al Aqsa II di Kolej MARA Seremban oleh (Sasterawan Negara) Dato Dr Anwar Ridhwan. Masuk adalah percuma!

6) Apakah kandungan TTP?
TTP menghimpunkan sejumlah puisi dan cerpen yang menyentuh pelbagai isu kemanusiaan dan pergolakan yang berlaku di negara-negara umat Islam yang bergolak.

7) Berapakah harga TTP?
RM20 + RM 3 (pos). Kos pos percuma untuk mana-mana pembelian bagi buku GKLN yang lain atau pembelian dua naskhah ke atas.

8) Bagaimana membeli TTP?
- melalui jualan langsung di gerai-gerai terpilih
- pada hari pelancaran
- secara online dengan menghantar mesej ke FB Tanah Tanpa Peta atau para penyelenggaranya iaitu Fahd Razy, Khairil Idham Ismail, Rasydan Fitri, Zaim Yusof dan Zaim Salimun. Selain daripada itu SMS/whatsapp kepada saudara Fadhlil melalui nombor : 017 2734065

9) Bagaimana mendapat maklumat lanjut?
Mesej atau SMS laman FB Tanah Tanpa Peta atau salah seorang penyelenggaranya.

10) Kenapa perlu dapatkan TTP?
Sebagai serampang dua mata, anda dapat menyumbang dan dalam masa yang sama memperoleh bahan bacaan yang berkaitan isu-isu berkenaan. Membeli, membaca, dan juga menyumbang sekaligus.

InsyaAllah. Sokongan anda amat kami harapkan!

No comments:

Post a Comment